//Dah gila ke apa Taylor Swift sanggup sembunyi dalam bagasi

Dah gila ke apa Taylor Swift sanggup sembunyi dalam bagasi



DUA hari lalu kecoh di laman sosial apabila penyanyi Taylor Swift dikatakan muncul di khalayak  dengan gaya yang cukup privasi.

Menurut laporan Splash News, Taylor sanggup sembunyi di dalam sebuah bagasi untuk keluar dari kediamannya bagi mengelak kehadirannya dirakam atau menjadi tumpuan paparazi.

Penyanyi lagu Shake It Off itu dikatakan keluar dari kediamannya di Manhattan, New York dengan bersembunyi di dalam sebuah bagasi.

Sekeping foto menunjukkan dua orang lelaki bertubuh besar sedang membawa keluar sebuah bagasi besar dari apartment Taylor. 

Kapsyen gambar menyebut penyanyi itu bersembunyi dalam bagasi tersebut.

“Taylor Swift dibawa menggunakan sebuah bagasi besar dari apartment Tribecca ke dalam keretanya.
 
“Sekumpulan pengawal peribadi juga kelihatan membantu memindahkan beg berkenaan dengan cukup berhati-hati,” tulisnya

Bagaimana pun, semalam pihak agensi Taylor Swift mengesa media berkenaan menurunkan berita tersebut.

Agensi menyifatkan berita itu sama sekali tidak benar.

Sumber: Splash News



Source link