//Mr Bean Gillian Anderson bintangi video keselamatan British Airways

Mr Bean Gillian Anderson bintangi video keselamatan British Airways



UNTUK meraih perhatian penumpang ketika video keselamatan ditayangkan di skrin, syarikat penerbangan Great Britain, British Airways, tampil dengan video yang menghiburkan dan dibintangi selebriti ternama negara itu.

Antara personaliti yang terlibat adalah barisan pelakon terkenal seperti Rowan Atkinson (Mr. Bean), Chiwetel Ejiofor, Thandie Newtown dan Gillian Anderson.

Selain itu, ia turut menampilkan chef selebriti Gordon Ramsay.

Video berdurasi 6 minit 6 saat itu menampilkan barisan selebriti ini yang kononnya sedang melalui proses uji bakat dan menunjukkan langkah-langkah keselamatan.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways Alex Cruz dalam satu kenyataan berkata mereka berharap video berkenaan dapat menarik perhatian penumpang.

BACA: Mr. Bean dicerai isteri dalam tempoh 65 saat

“Sangat penting bagi kami agar para penumpang turut berinteraksi dengan video keselamatan kami, dan ia melibatkan beberapa personaliti yang paling terkenal di negara yang telah memberi kami peluang untuk mencipta sesuatu yang seronok.

“Kami berharap orang akan menonton video ini dari awal hingga akhir,” katanya dalam kenyataan itu.

Selain itu, tujuan video ini dilancarkan adalah untuk kutipan amal hasil kerjasama British Airways dan Comic Relief yang sasar kutipan sebanyak AS$20 juta (RM85.72 juta) menjelang tahun 2020.

Video berkenaan akan mula ditayangkan di dalam pesawat British Airways pada 1 September.

Namun ia dikongsi di media sosial untuk raih perhatian tentang kutipan amal ini.



Source link