//Perak bangga kejayaan Cheong Jun Hoong – Zambry

Perak bangga kejayaan Cheong Jun Hoong – Zambry



SUNGKAI: Kerajaan negeri dan rakyat Perak berbangga dengan kejayaan penerjun kelahiran Ipoh, Cheong Jun Hoong memenangi pingat emas di Kejohanan Akuatik Dunia (FINA) di Budapest, Hungary, pagi ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kejayaan itu membuktikan bahawa anak Perak mampu mencapai kejayaan di dalam bidang sukan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Sebelum ini pun, selepas Olimpik lalu, beliau mendapat pengiktirafan. Dengan kemenangan sebegini, tentunya dia akan terus mengharumkan nama negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Mahabbah Eidul Fitri di Felda Besout 3, dekat sini hari ini.

BACA: Jun Hoong raih emas, Negaraku berkumandang di Budapest

BACA: PM Najib dahului ucapan tahniah kepada Cheong Jun Hoong

Menurut laman web rasmi FINA, Jun Hoong, 27, meraih pingat emas dalam acara terjun 10 meter (m) platform individu wanita dengan mengumpul 397.50 mata.

Sebelum ini, penerjun negara itu memenangi pingat perak di Olimpik Rio apabila berpasangan dengan Pandelela Rinong.



Source link