//Abang durjana Remaja ditahan didakwa rogol tiga adik sendiri

Abang durjana Remaja ditahan didakwa rogol tiga adik sendiri



SUNGAI PETANI: Seorang ramaja lelaki berusia 18 tahun ditahan pagi tadi, selepas didakwa terlibat dalam kes sumbang mahram terhadap tiga adik perempuannya, yang masing-masing berusia 8, 9 dan 14 tahun.

Kejadian terbongkar selepas adiknya yang berusia lapan tahun memaklumkan mengenai kejadian itu pada pagi semalam kepada ibunya.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, lewat petang semalam.

Tangkapan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat ibunya.

Berdasarkan laporan yang diterima, kanak-kanak berusia lapan tahun memberitahu suspek memaksanya mengadakan hubungan seks di sebuah rumah kosong berhampiran rumah mereka di Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani pada Rabu, sekitar jam 8 malam.

Ibu mangsa, 39 tahun pada mulanya tidak percaya kepada dakwaan itu.

Namun, anaknya yang berusia sembilan dan 14 tahun memberitahu mereka turut diminta perlakukan perkara yang sama oleh suspek dan diberi  amaran supaya menutup mulut.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan lanjut.

Suspek yang tidak bekerja ditahan untuk siasatan lanjut.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.



Source link