//Medan Inovasi 1Malaysia kerangka dasar baharu MCA

Medan Inovasi 1Malaysia kerangka dasar baharu MCA


KUALA LUMPUR 12 Okt. – MCA memperkenalkan konsep Medan Inovasi 1Malaysia sebagai kerangka dasar yang bakal merintis hala tuju baharu parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tong Lai berkata, rangka kerja itu akan merancakkan lagi transformasi parti tersebut ke tahap lebih tinggi demi kebangkitan semula MCA.

“Semua pemimpin dan ahli parti diseru supaya berganding bahu serta bersatu bagi merealisasikan rangka kerja ini.

“Kita perlu berinteraksi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan-pertubuhan Cina, persatuan perniagaan dan masyarakat Cina untuk memperkukuhkan intipati rangka kerja ini.

“Kerjasama daripada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) juga amat dialu-alukan dalam melengkapkannya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan MCA Kali Ke-61 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Wisma MCA di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link