//Seorang maut seorang cedera akibat kereta dipandu lawan arus

Seorang maut seorang cedera akibat kereta dipandu lawan arus



KEPALA BATAS: Seorang lelaki yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Kepala Batas merempuh lima kenderaan.

Kejadian 1.30 pagi tadi menyebabkan dua cedera manakala seorang lagi maut ketika menyaksikan kejadian berkeaan.

Kejadian bermula apabila pemandu kereta Volkswagen berusia 31 tahun dari arah Butterworth ke Sungai Petani secara tiba-tiba membuat pusing-U di km116 berhampiran hentian sebelah Sungai Muda, Kedah.

Perbuatan lelaki itu menyebabkan keretanya bertembung tiga kenderaan.

Dia kemudian meneruskan pemanduan sehingga ke km 124.3 dekat Bertam dan bertembung dengan dua buah kereta lain.

Akibat pertembungan itu, pemandu berkenaan patah tangan kanan manakala seorang pemandu lain mengalami cedera ringan.

Salah seorang pengguna lebuhraya, Naim Halidan, 30 tahun, maut apabila terjatuh ke dalam longkang ketika berhenti untuk melihat kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisoner Azmi Adam berkata pihaknya akan menjalankan ujian alkohol dan penyalahgunaan dadah ke atas pemandu Volkwagen berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan merbahaya.



Source link