//CERITA ROSMAH MANSUR LAGI DAN KISAH WANG SATU SEN | MyMassa

CERITA ROSMAH MANSUR LAGI DAN KISAH WANG SATU SEN | MyMassa


PERKEMBANGAN
terkini di antara hubungan Tun Dr. Mahathir (Tun M) dengan DS Anwar Ibrahim
(Anwar) amat janggal jika diingati semula peristiwa pemecatan dan pemaluan
(pengmaluan) ke atas peribadi Anwar ketika itu. Tun M dalam komen terkininya
menyatakan ‘yang sudah berlaku, sudahlah’ 1! Terkedu rakyat Malaysia dengan
pernyataan ini, bermakna Anwar dahulu tidak bersalah!
Saya
tidak boleh bayangkan kesakitan yang dialami Anwar ketika di dalam penjara.
Dipukul dan diterajang sehingga mata lebam. Peristiwa ini tidak berlaku samasa
DS Najib menjadi Perdana Menteri.
Malahan,
DS Najib telah mengarahkan supaya Anwar diberi penjagaan yang terbaik di dalam
penjara. Diberikan tilam, dibenarkan menerima buku-buku terbaharu kiriman
rakan-rakannya, dibenarkan pemeriksaan kesihatan setiap kali Anwar tidak sihat
malah DS Najib telah memberi arahan supaya keselamatan dan keselesaan Anwar di
dalam penjara tidak boleh dipandang remeh. Perkara ini disahkan sendiri oleh
pemimpin utama PKR kepada saya.
Apabila
pemimpin PKR melawat Anwar dan tidak berpuashati dengan keadaan Anwar di dalam
penjara, mereka menelefon DS Najib dan DS Najib serta merta mengarahkan
dipenuhi keperluan asasi Anwar di dalam penjara.
Malah,
DS Rosmah Mansur turut meminta supaya keselamatan dan hak asasi Anwar di dalam
penjara diberi keutamaan.
Segelintir
orang barangkali terpedaya dengan kempen memburuk-burukkan DS Najib dan DS
Rosmah tetapi saya melihat itu tidak benar. Anda boleh periksa, tidak ada abang
kakak Rosmah yang menjadi Panglima Angkatan Tentera, tidak ada abang kakak
Rosmah menjadi Menteri Besar, tidak ada abang kakak Rosmah menjadi Gabenor
Bank. Malah abang kakak Rosmah Mansur tidak mempunyai Wisma atau bangunan
berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Tetapi
ada orang lain semasa berkuasa, keluarga isteri mereka memonopoli semua
jawatan-jawatan itu. Orang Jepun kata, itulah pemerintah sebenar !



Source link