//GMM bukan gagal tangani Islamophobia

GMM bukan gagal tangani Islamophobia



KUALA LUMPUR: Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bukan satu pertubuhan yang gagal dalam menangani masalah Islamophobia, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata pertubuhan itu sering dijemput ke luar negara untuk berkongsi pengalaman mengenai masalah tersebut antaranya ke negara-negara Asia Tengah, India, Sri Lanka, Maldives dan Kyrgyzstan.

“Saya tidak lihat peranan GMM tidak relevan. Cuma daripada soalan berkenan Islamophobia, ia tidak boleh diperangi daripada satu perspektif sahaja malah ia daripada pelbagai perspektif,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah).

Kit Siang bertanya sama ada penubuhan GMM itu berkesan dalam menangani Islamophobia.

Reezal Merican berkata gejala Islamophobia tidak boleh diatasi oleh Malaysia semata-mata kerana ia perlu dilakukan secara bersama oleh negara Islam dan negara bukan Islam.

— BERNAMA



Source link