//Kerajaan komited banteras amalan kapitalisme berasaskan kroni – PM Najib

Kerajaan komited banteras amalan kapitalisme berasaskan kroni – PM Najib



KUALA LUMPUR: Kerajaan komited dalam membanteras amalan ‘crony capitalism’ atau kapitalisme berasaskan kroni.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekiranya amalan itu tidak dibanteras, rakyat akhirnya yang akan menanggung derita.

“Syarikat kerajaan tidak boleh seharusnya diuruskan seperti harta persendirian,” kata Datuk Seri Najib dalam ucaptamanya di acara Invest Malaysia di Shangri-La Hotel di ibu negara hari ini.

Selain itu, beliau turut melancarkan Leading Entrepreneur Accelerator Platform Market atau LEAP Market oleh Bursa Malaysia.

Ini merupakan pasaran yang menawarkan cara alternatif bagi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk memperkasakan perniagaan mereka.



Source link