//279 pekerja Lembaga Koko Malaysia akan kembali berkhidmat

279 pekerja Lembaga Koko Malaysia akan kembali berkhidmat



KUALA LUMPUR: Seramai 279 pekerja Lembaga Koko Malaysia (LKM) yang bakal ditamatkan perkhidmatan mereka berkuat kuasa 13 Ogos ini akan kembali berkhidmat dengan Lembaga itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dalam satu kenyataan hari ini berkata kementerian dan LKM telah mengkaji semula penamatan 279 pekerja itu.

Beliau berkata LKM telah melantik semula 93 orang yang akan mula kembali berkhidmat pada 15 Ogos ini.

“LKM juga akan menyambung semula kesemua baki 186 orang pekerja yang terlibat bagi memenuhi keperluan Lembaga dalam pelaksanaan projek-projek di bawah RMK-11 (Rancangan Malaysia Kesebelas),” katanya.

Isu pemberhentian pekerja sementara LKM di seluruh negara diketengahkan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum ini yang turut meminta kerajaan campur tangan.

— BERNAMA



Source link