//Sold Out Peminat hampa tidak sempat beli tiket konsert Sheila Majid

Sold Out Peminat hampa tidak sempat beli tiket konsert Sheila Majid



BEBERAPA peminat melahirkan rasa hampa tidak sempat membeli tiket konsert Datuk Sheila Majid setelah Ratu Jazz Negara itu mengumumkan bahawa tiket konsert tersebut sudah habis dijual.

Menerusi laman Instagram @MissMajid, Sheila mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya atas sokongan yang diberikan.

Susulan itu, beberapa netizen meluahkan rasa ‘kecewa’ kerana tidak sempat membeli tiket ke konsert tersebut.

“Ada cara lain untuk beli tiket? Konsert terakhir anda yang saya pergi adalah pada 1990-an di Stadium Merdeka. Saya betul-betul ingin pergi,” kata pengguna Instagram @syiramn.

Tambah @wmiman: “Tolong! Tiket tambahan untuk mereka yang lambat tempah.”

MESTI BACA: Tiket konsert Sheila Majid 80 peratus habis dijual

Bagi mereka yang sudah membeli tiket, mereka tidak sabar untuk menghadiri konsert itu yang bakal berlangsung bulan hadapan. 

“Saya dan rakan-rakan akan pergi!” kata Farah Halim.

Rashdan Rashid berkata, “Jumpa di sana!”

MESTI BACA: Konsert solo Sheila Majid bakal gegar Stadium Negara pada Ogos

Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 dijadualkan berlangsung di Stadium Negara pada 5 Ogos 2017.

Kali terakhir Sheila menjayakan konsert solo adalah pada tujuh tahun lalu di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Sheila pernah beraksi di pentas mega Stadium Negara dalam konsert pertamanya, ‘Legenda’, pada tahun 1991.



Source link