//Cuba Siti Nurhaliza tanya Datuk K bila hendak ke Palestin – Armand

Cuba Siti Nurhaliza tanya Datuk K bila hendak ke Palestin – Armand


KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza perlu bertanya kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Palestin dan membantu rakyat di sana.

Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, Siti Nurhaliza harus tahu, pihaknya sendiri sudah beberapa kali dan sememangnya berani ke Palestin dalam misi menghulur bantuan.

“Khas buat Siti Nurhaliza yang komen mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergilah ke Palestin.

“Untuk maklumat Siti Nurhaliza, Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Palestin. Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Palestin?” soalnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.

BACA: Doa Siti dan Datuk K

Armand turut memuat naik video 3 minit 54 saat di laman YouTube yang menunjukkan bukti Pemuda UMNO sudah ke Palestin dalam misi menghulurkan bantuan.

Selain itu, Armand turut memuat naik gambar-gambarnya bersama Pemuda UMNO di Palestin pada laman Facebooknya.

Foto instagram Yasin Sulaiman
Armand mengulas komen Siti Nurhaliza di laman Instagram @yasinsulaiman mengenai gambar kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda UMNO.

Ia dikatakan bermula selepas sekumpulan anggota Armada menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Ia bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda UMNO.

Laporan media melaporkan dalam kejadian itu, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ashraf Mustaqim mendakwa dia turut ditumbuk.

Dalam pada itu, mengulas kekecohan berkenaan Ketua Armada, Syed Syaddiq Abdul Rahman menyatakan rasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahlinya.

Bagaimanapun, Pemuda UMNO Wilayah menuntut Armada mengemukakan bukti dakwaan ditumbuk selain menjelaskan pihaknya sedia untuk memohon maaf jika kejadian itu benar-benar berlaku.



Source link