//E-Reporting akan diperluaskan ke seluruh negara – Ketua Polis Negara

E-Reporting akan diperluaskan ke seluruh negara – Ketua Polis Negara



KUALA LUMPUR: Penggunaan Sistem Laporan Polis Dalam Talian atau e-Reporting dijangka akan diperluaskan di seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sistem e-Reporting iaitu laporan tidak berkaitan jenayah seperti kehilangan dokumen dan barangan, kini telah dilaksanakan di seluruh balai polis di Lembah Klang.

Sebelum ini, sistem ini hanya dilaksanakan hanya di 40 balai di sekitarnya.

“Kemudahan ini telah kita panjangkan seluruh balai (polis) di Lembah Klang dan insyaAllah dalam masa terdekat ini kita akan perluaskan ke seluruh negara,” kata selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara pagi tadi.



Source link