//Perbalahan Pemuda UMNO Pemuda PPBM kebudak-budakan – KPN

Perbalahan Pemuda UMNO Pemuda PPBM kebudak-budakan – KPN



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menegur pergelutan yang berlaku di antara ahli Pemuda UMNO dan ahli Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selasa lalu sambil menyifatkan tindakan itu sebagai sebagai kebudak-budakan.

“Biarlah dia orang siasat dulu. Ini kecoh-kecoh macam itu orang kata perkara remeh.

“Kita ini orang dewasa bukan budak-budak lagi. Orang kata kedewasaan kita itulah menunjukkan kedewasaan.

“Kita ini terlibat dalam benda-benda macam tu pada saya memalukanlah,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan PDRM peringkat Bukit Aman di ibu negara pagi tadi.

Katanya lagi, susulan itu pihak polis sudah menyoal 11 orang berhubung kekecohan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 30 pemuda PPBM yang membawa jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum “Nothing To Hide 2.0” telah dihalang lebih 100 ahli Pemuda UMNO.



Source link