//Sukan SEA Orang lain sibuk berlatih di trek tetapi saya berlatih di pool – P.Kuganeswari

Sukan SEA Orang lain sibuk berlatih di trek tetapi saya berlatih di pool – P.Kuganeswari



KUALA LUMPUR: Kecederaan pada kaki bukan halangan untuk bekas atlet negara P.Kuganeswari meraih pingat dalam Sukan SEA yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand pada tahun 1995. 

Mengimbas kembali detik membanggakan itu, Kuganeswari yang merupakan pelari pecut 400m dan 4x400m menceritakan bagaimana beliau meneruskan latihan dan pada masa sama menjalani rawatan artroskopi lutut, memandangkan kecederaan itu berlaku tiga bulan sebelum Sukan SEA.

Kuganeswari yang meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan 400m berkata beliau tidak menjangkakan kemenangan itu kerana baru sahaja menjalani rawatan fisioterapi selama 12 minggu.

BACA JUGA: Sukan SEA 2001 akhiri aksi lincah dan gemalai Afrita Nasril

“Jurulatih Datuk Paduka Mumtaz Jaafar bawa saya ke rawatan fisio setiap hari dan melatih saya. Saya amat berterima kasih dengan Datuk Paduka; beliaulah tulang belakang saya.

Selain kecederaan yang dialami, bentuk latihan yang diikuti Kuganeswari juga tidak seperti atlet lain.

“Orang lain berlatih di trek, tetapi saya berlatih di pool.

Kemenangan yang diraih nyata satu pencapaian yang amat membanggakan Kuganeswari.

“Saya tidak sangka saya boleh menang. Walaupun pingat gangsa, tetapi kemenangan itu merupakan kemenangan besar bagi diri saya,” kata Kuganeswari.

Tonton video penuh temu bual bersama bekas atlet negara dan pemenang pingat Sukan SEA P.Kuganeswari.


 



Source link