//Mahkamah tetapkan 2 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes bunuh Jong Nam

Mahkamah tetapkan 2 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes bunuh Jong Nam



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 23 hari bermula 2 Oktober ini untuk perbicaraan dua wanita warga asing yang dituduh membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Azmi Ariffin pada pengurusan kes hari ini.

Sebelum itu dua suspek utama terbabit tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini bagi sebutan semula kes terbabit.

Duan Thi Huong, 28, dari Vietnam dan Siti Aisyah, 25, dari Indonesia tiba dengan kawalan ketat pasukan keselamatan termasuk anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Pada 1 Mac lalu,  Siti Aisyah dan Doan, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Jong Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada kira-kira 9 pagi, 13 Febuari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan.

Jong Nam ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Macau sebelum dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX.

Jong Nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.



Source link