//Minta maaf kerana posting saya Datuk Siti yang kena serang – Yasin Sulaiman

Minta maaf kerana posting saya Datuk Siti yang kena serang – Yasin Sulaiman


PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman tampil memohon maaf menerusi entri di Instagramnya selepas memuat naik posting mengenai kekecohan yang berlaku di antara anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) dan Pemuda Umno, baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, Yasin menulis:

Entri tersebut menjadi kontroversi selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza meninggalkan komen yang kemudiannya dibalas Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha menerusi posting di akaun media sosial Facebook.

Mungkin kerana terkesan dengan komen ditinggalkan Siti, Armand telah menggesa penyanyi nombor satu negara itu untuk bertanya kepada suaminya Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K, bila hendak ke Palestin.

‘Perang posting’ tersebut telah menjadi viral sekaligus menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menganggap isu sekecil ini tidak perlu dilayan oleh Armand.

BACA: “Cuba Siti Nurhaliza tanya Datuk K bila hendak ke Palestin?” – Armand

Sementara itu, Siti bertindak meninggalkan komen pada ruangan komen di entri yang dimuat naik Armand di Instagram dan memohon maaf sekiranya terasa hati.

BACA: Isu Palestin: Armand terasa ke? ‘Maaflah naa’ – Siti Nurhaliza

BACA: Isu Palestin: Armand maafkan Siti, netizen minta ahli politik jangan cepat sentap

Dalam pada itu, Yasin menerusi posting terbarunya hari ini, memohon maaf kepada Siti kerana postingnya telah menyebabkan pelantun suara Biarlah Rahsia itu diserang.
 


BACA: Perbalahan Pemuda UMNO, Pemuda PPBM kebudak-budakan – KPN

BACA: Siapa Armand hendak pertikai sumbangan Siti dan Datuk K? – Armada



Source link