//Nawaz Sharif letak jawatan kekayaan keluarga didedahkan

Nawaz Sharif letak jawatan kekayaan keluarga didedahkan



NAWAZ SHARIF pada hari ini, meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Pakistan selepas Mahkamah Agung Pakistan memutuskan beliau salah guna kuasa dalam isu penyelewangan wang.  

Bukan itu sahaja, tiga daripada empat anaknya dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa membabitkan pemilikan aset haram, penghindaran cukai, dan pengubahan wang haram.

Beliau juga terkenal sebagai usahawan dalam industri besi keluli, gula, dan kilang kertas sebelum memegang jawatan Perdana Menteri Pakistan.

Mariam Sefdar dan Hussain Nawaz didakwa memiliki dua syarikat berpangkalan di British Virgin Islands iaitu Nielsen Enterprise Limited dan Nescoll Limited.

Syarikat berkenaan turut mempunyai beberapa hartanah di UK berprofil tinggi yang digunakan untuk kegunaan peribadi keluarga mereka.

Adik beradik itu turut membuat transasksi pinjaman di Deutsche Bank, Geneva, Switzerland bernilai AS$13.8 juta ke akaun syarikat mereka.

Setakat ini, Nawaz Sharif masih disiasat Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB) Pakistan bagi tuduhan lain berkaitan salah guna kuasa.



Source link