//Siasatan FIC Deloitte Malaysia nafi diserbu beri kerjasama penuh dengan SPRM

Siasatan FIC Deloitte Malaysia nafi diserbu beri kerjasama penuh dengan SPRM



KUALA LUMPUR: Deloitte Malaysia menafikan laporan media bahawa pejabatnya di Menara LGB, Taman Tun Dr Ismail di sini diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan media, Pengarah Rakan Kongsi Negara Deloitte Malaysia, Tan Theng Hooi berkata Deloitte Malaysia tidak disiasat susulan pembelian hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC).

“Pegawai SPRM meminta bantuan kami untuk menyalurkan maklumat berkaitan siasatan yang dijalankan oleh mereka. Kami akan bekerjasama penuh dengan mereka pada ketika ini untuk memberi sokongan penuh dan maklumat dalam membantu siasatan.

“Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami akan bekerjsama dengan MACC dan pihak berkuasa lain berdasarkan lunas undang-undang yang ada,” katanya.

Kira-kira jam 10 pagi tadi, enam pejabat yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) diserbu serentak oleh SPRM.

Selain pejabat FIC di Balai FELDA, Jalan Gurney di sini, Jabatan Siasatan SPRM Putrajaya turut menyerbu firma perkhidmatan audit dan perakaunan, Deloitte Malaysia di Taman Tun Dr Ismail dan firma guaman, Mohamed Ridza & Co di Damansara.

Ia juga melibatkan Henry Butcher Malaysia (Sarawak), Raine & Horne International Zaki Partners Sdn. Bhd dan Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd di Kuching, Sarawak.



Source link