//Suspek bunuh Jong Nam tiba dengan kawalan ketat untuk dibicarakan

Suspek bunuh Jong Nam tiba dengan kawalan ketat untuk dibicarakan



SHAH ALAM: Dua suspek utama warga asing yang dituduh membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini pagi ini bagi menghadapi perbicaraan.

Duan Thi Huong, 28, dari Vietnam dan Siti Aisyah, 25, dari Indonesia tiba dengan kawalan ketat pasukan keselamatan termasuk anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Kedua-duanya tiba secara berasingan dengan kenderaan pacuan roda. Konvoi pertama yang membawa Doan tiba kira-kira 8.05 pagi manakala konvoi membawa Siti Aisyah yang memakai jaket kalis peluru, tiba lima minit kemudian.

Pada 1 Mac lalu,  Siti Aisyah dan Doan, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Jong Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada kira-kira 9 pagi, 13 Febuari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan.

Jong Nam ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Macau sebelum dihampiri dua wanita warga asing yang menekup mukanya dengan agen saraf VX.

Jong Nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link