//ROH, TUNKU ABDUL RAHMAN | MyMassa

ROH, TUNKU ABDUL RAHMAN | MyMassa


ROH, TUNKU ABDUL RAHMAN

Ketika aku dihinadina dahulu

Mengenang segala pengorbananku

Memerdekakan tanah air ini

Dengan segala perit jerih

Berjalan kaki di Kota London

Namun aku senyum demi Negaraku

Aku gagahi kemiskinan Negaraku

Supaya Negaraku mencapai kemerdekaan

Sekembalinya aku ke Negaraku

Aku pusing seluruh negara

Pernah rosak di tengah malam gulita

Ketika menuju ke Melaka dan Johor Bahru,

Dia baharu tamat belajar pun

Dihantar ke pulau pun tidak tahan

Memohon kembali ke tanah besar,

Tidak dilayan berhenti pula

Tapi itulah dia degil dan keras

Hari ini Tuhan kembalikan balasan

Bagaimana aku dihina dahulu

Bagaimana aku dimalukan dahulu

Kini dia turut menerima malu jua

Didedahkan segala kelemahanku

Kini dibogelkan segala tipu muslihatnya

Supaya rakyat jelata boleh melihat

Siapa ada udang di sebalik batu

Kini rakyat boleh melihat

Kini hukum karma sudah kembali.

Marilah bersatu untuk negara

Lupakan manusia yang tamak

Yang pernah menghina aku suatu masa dahulu…



Source link