//WAN AZIZAH MENGAMOK, BALAS DENDAM ARAHKAN SEMUA POSTER DAN BANNER PAS DIBUANG | MyMassa

WAN AZIZAH MENGAMOK, BALAS DENDAM ARAHKAN SEMUA POSTER DAN BANNER PAS DIBUANG | MyMassa


Sebagai membalas dendam dengan tindakan PAS melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh, kini PKR melancarkan operasi ‘membersihkan’ banner-banner parti Islam itu dan diganti dengan banner parti-parti Pakatan Harapan.

“Mereka menjual kita membeli,”kata Aktivis PKR Pulau Pinang, Zulkifli Mohamed dalam Facebook.
Pada 17 Julai lalu, PAS Permatang Pauh melancarkan jentera pilihan raya di Kubang Semang sebagai isyarat parti Islam itu berhasrat untuk meletakkan calon pada PRU 14.

Membalas tindakan PAS itu, Zulkifli yang juga pembantu khas kepada Exco PKR Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim berkata di tempat yang sama juga PKR akan mengadakan ceramah Pakatan Harapan pada 12 Ogos ini.

“Lokasi depan Masjid Kubang Semang. Tempat yang sama Pas lancar ‘Jentera Pilihanraya Pas Tawan Permatang Pau’,” katanya.

Sebagai persediaan ceramah Pakatan Harapan itu, Zulkifli memaparkan gambar-gambar banner PAS diturunkan dan diganti dengan bendera-bendera, PKR, PAN dan PPBM.



Source link