//Penumpang terperangkap di menara berputar Tiger Sky Tower di Sentosa

Penumpang terperangkap di menara berputar Tiger Sky Tower di Sentosa



SINGAPURA : Sekurang-kurangnya enam penumpang dilapor terperangkap di atas menara Tiger Sky Tower di Sentosa petang Sabtu.

Menurut satu kenyataan oleh Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di Facebook, kejadian dimaklumkan kira-kira jam 7.10 malam dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

Penumpang di menara berputar itu dipercayai terperangkap sejak jam 5:35 petang ini. Mereka dibekalkan makanan ringan berupa biskut dan air minuman sementara menunggu diselamatkan.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Pada ketinggian 131 meter dari paras laut, menara berputar yang terletak di Jalan Imbiah ini ialah menara pemerhatian tertinggi di sini, menurut laman web Sentosa.



Source link