//Penumpang terperangkap di menara Tiger Sky Tower di Sentosa

Penumpang terperangkap di menara Tiger Sky Tower di Sentosa



SINGAPURA : Beberapa penumpang dilapor terperangkap di menara Tiger Sky Tower di Sentosa petang Sabtu.

Menurut satu kenyataan oleh Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di Facebook, kejadian dimaklumkan kira-kira jam 7.10 malam dan kerja-kerja menyelamat penumpang yang terperangkap sedang dijalankan.

Pada ketinggian 131 meter dari paras laut, menara berputar yang terletak di Jalan Imbiah ini ialah menara pemerhatian tertinggi di sini, menurut laman web Sentosa.

Tiada kecederaan dilaporkan.



Source link