//Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Iskandariah

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Iskandariah



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan kereta api yang berlaku di Iskandariah, Mesir pada Jumaat (11 Ogos) yang meragut 41 nyawa dan mencederakan 179 yang lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan insiden berkenaan.

“Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 0237610013, +201200276388 atau menerusi e-mel mwcairo@kln.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar juga turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Media tempatan melaporkan dua buah kereta api bertembung, mungkin disebabkan oleh kerosakan pada satu daripada kereta api berkenaan yang mengakibatkannya terhenti di atas landasan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta api.

Sebuah kereta api itu sedang menghala dari Kaherah ke Iskandariah manakala satu lagi dari bandar Port Said ke Iskandariah.

— BERNAMA



Source link