//Dua anggota tentera maut dalam kemalangan di Seremban

Dua anggota tentera maut dalam kemalangan di Seremban



SEREMBAN: Dua anggota Angkatan Tentera Darat maut manakala dua lagi rakan mereka cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 pagi di kilometer 267.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Seremban menuju ke ibu negara.

Mangsa yang menaiki kereta Proton Waja itu dipercayai terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh penghadang jalan.

Rempuhan kuat itu turut mengakibatkan 3 daripada mereka tercampak ke dalam longkang.

Dua anggota tentera terbabit maut ditempat kejadian.

Mangsa maut dikenali sebagai Anwar Shaari, 23, dan Amirul Zulkhairi Ismail, 24.

Mereka dipercayai berkhidmat di Cawangan Sumber Manusia Angkatan Tentera Darat di Markas Padang Tembak di ibu negara.

Mayat dibawa ke hospital Seremban untuk dibedah siasat.



Source link