//GAMBAR, DAP UPAH BUAT KECOH NOTHING2HIDE2 | MyMassa

GAMBAR, DAP UPAH BUAT KECOH NOTHING2HIDE2 | MyMassa


SHAH ALAM: Kecoh dan ganas forum Nothing to Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan tragedi Memali yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau secara tiba-tiba membaling kasut dan disusuli dengan suar, kerusi dan botol air ke arah pentas di mana Dr Mahathir berada ketika itu.

Dua bom asap turut dilemparkan ke atas peserta, sekali gus mencetuskan ‘cahaya api’ berwarna kuning merah.

Kejadian berlaku sekitar 5.30 petang, kira-kira 2 jam selepas program bermula.

Program berjalan lancar hampir sejam setengah sebelum berubah kecoh ketika Dr Mahathir sedang menjawab soalan berkaitan dengan Memali.

Suasana itu mencetus panik di kalangan pemimpin dan peserta yang mengikuti forum itu, menyebabkan mereka cuba menyelamatkan diri dan berlaku pergelutan di kalangan penyokong Dr Mahathir dan peserta yang tidak berpuas hati.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kemudiannya diselamatkan oleh penganjur program. Ia dianjurkan oleh sayap Pemuda PPBM, Armada Malaysia.

Sumber berkata sekumpulan Armada dan peserta Nothing to Hide 2.0 diupah oleh Lim Guan Eng dan DAP untuk membuat kecoh agar berita rasuah Phee Boon Poh Exco Alam Sekitar yang kecoh sekarang dapat dikurangkan.

 upah 1.jpg
upah2.jpg

“Semua yang berlaku hanyalah drama sahaja agar kes Pakatan Harapan dapat dialihkan” kata seorang peserta yang tidak mahu namanya didedahkan.

Antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir pada forum hari ini termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim, Khalid Abdul Samad, Zuraida Kamaruddin, Ng Suee Lim dan Dr Daroyah Alwi.

Polis perlu menyiasat insiden terancang PPBM dan DAP ini. Bagaimana barang-barang terlarang boleh masuk ke dalam dewan yang dikawal ketat. Nyata ini semua dirancang lebih awal



Source link