//Banjir kilat akibat hujan lebat berterusan di Pulau Pinang

Banjir kilat akibat hujan lebat berterusan di Pulau Pinang



GEORGE TOWN: Beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan yang terjadi sejak tengah malam tadi hingga pagi Jumaat.

Antara kawasan terjejas akibat banjir kilat ialah sekitar George Town, Jalan P. Ramlee, Jalan Perak, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Paya Terubong.

Turut dinaiki air ialah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Kampung Mutiara, Batu Feringghi, Masjid Negeri, Ayer Itam dan Kampung Masjid Hashim Yahya.

Kesesakan lalu lintas turut dilaporkan berlaku berikutan beberapa kawasan ditenggelami air dan pokok tumbang.

Banjir kilat juga berlaku di beberapa kawasan di Seberang Perai.

Antara kawasan terlibat ialah di Mak Mandin, Butterworth, Seberang Jaya dan Permatang Pauh.



Source link