//Jepun Korea Utara terus lancar peluru berpandu tiada kerosakan dilaporkan

Jepun Korea Utara terus lancar peluru berpandu tiada kerosakan dilaporkan



TOKYO: Peluru berpandu balistik yang dilancarkan Korea Utara merentasi utara Jepun dan jatuh ke Pasifik, menurut kerajaan Jepun pada Jumaat lapor agensi berita Xinhua.

Peluru berpandu itu dilaporkan mendarat kira-kira 2,000 kilometer dari timur Erimo, Hokkaido pada pukul 7.16 pagi waktu tempatan.

Pelancaran peluru berpandu berkenaan berlaku selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebulat suara menerima pakai sekatan baharu lebih ketat ke atas Korea Utara berikutan ujian nuklear keenam negara itu pada 3 September lepas.

Mengulas mengenai pelancaran terbaharu itu, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, Jepun mengutuk tindakan berkenaan yang dianggap sebagai satu “provokasi keterlaluan”.

Suga berkata, tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Tiada serpihan berbahaya jatuh dari peluru berpandu berkenaan serta pesawat atau kapal di wilayah itu dibedil ataupun rosak, tambahnya. 

— BERNAMA



Source link