//Presiden Brazil berdepan tuduhan halang keadilan

Presiden Brazil berdepan tuduhan halang keadilan



BRASILIA: Presiden Brazil Michel Temer berdepan tuduhan baharu iaitu menghalang keadilan dan terbabit kegiatan haram yang difailkan oleh ketua pendakwa Rodrigo Janot di Mahkamah Agung.

Menurut kenyataan pejabat ketua pendakwa itu, Temer dituduh bersama enam lagi rakan politiknya.

Namun, Temer dipercayai bakal memperolehi sokongan kuat Kongres membolehkan beliau mengelak daripada dibicarakan. 

Ia pertuduhan kedua dihadapi Temer tahun ini. 

Pada Mei lepas, Temer dituduh menerima rasuah daripada syarikat pembungkusan daging terbesar Brazil JBS, namun penggubal undang-undang Brazil kemudian memutuskan kes itu digugurkan.

— BERNAMA-NNN-XINHUA



Source link