//Banjir Pulau Pinang 154 bermalam di pusat pemindahan

Banjir Pulau Pinang 154 bermalam di pusat pemindahan



TELUK KUMBAR: Susulan banjir yang melanda Pulau Pinang, sehingga malam tadi, seramai 154 orang daripada 54 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Kesemua mereka ditempatkan di Dewan Gerakan Masyarakat di Teluk Kumbar sejak tengah hari semalam selepas kediaman mereka di tiga buah kampung dinaiki air sehingga paras dada.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Suluh, Kampung Nelayan dan Kampung Paya, di Teluk Kumbar.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azli Bahari ketika ditemui berkata, pusat pemindahan itu dibuka sejak jam 8.30 pagi Jumaat selepas mendapat arahan daripada wakil rakyat tersebut, Nordin Ahmad.

Tinjauan di pusat pemindahan terbabit malam tadi mendapati agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan anggota RELA masih berkumpul di pusat tersebut bagi memantau keadaan.

Kesemua mangsa yang bermalam di situ turut dibekalkan dengan kelengkapan seperti tilam, bantal dan juga selimut.



Source link