November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ISKANDAR PUTERI 29 Okt. – Kerajaan negeri mengarahkan dua kilang di Layang-Layang, Kluang yang menyebabkan sumber air mentah di tiga Loji Rawatan Air (LRA) tercemar dengan ammonia yang tinggi ditutup.

Difahamkan, dua kilang tersebut masing-masing menternak ayam dan memproses baja itu mempunyai lesen.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, arahan itu dikeluarkan hasil mesyuarat berhubung perkara itu membabitkan lapan agensi berkaitan pada pagi ini.

“Kita amik pendirian, apa-apa pun yang boleh menyumbang kepada pencemaran di Sungai Johor kita akan itu (tutup). Yang penting kita usahakan pencemaran ammonia itu selesai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemberian Notis 5A dan Majlis Perasmian Bootcamp e-rezeki dan e-Usahawan peringkat Parlimen Gelang Patah di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons