December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Kemeriahan sambutan Deepavali diteruskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui sambutan KL Deepavali Celebration 2017 yang menjadi tarikan unik buat pelancong luar mengenai pesta cahaya bagi masyarakat India itu hari ini.

Kira-kira 2,000 pengunjung yang terdiri daripada pelancong asing dan warga kota sendiri teruja mencuba pelbagai sajian tradisional masyarakat India tempatan antaranya capati, kuih peneram dan pelbagai jenis manisan dan maruku sambil menikmati warna-warni persembahan pentas.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan bagi menyalakan pelita yang berlatarbelakangkan lukisan kolam iaitu hiasan lantai daripada beras berwarna sebagai simbolik acara malam itu.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah dan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusof. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons