December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Apakah
penyokong PAS bersedia menerima UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya
umum ke-14 (PRU14)  seperti disarankan
oleh pemimpin atasan parti itu?

Dalam
kedudukan perbezaan dua parti itu yang amat  jelas – selain perbezaan pendapat yang ketara antara pemimpin PAS Pusat dengan
pemimpin PAS Negeri –  tidakkah penyokong PAS di bawah akan menjadi keliru?
Juga
apakah pemimpin UMNO/BN boleh melupakan berbagai ‘hukuman’ yang dikenakan oleh
pemimpin PAS sebelum ini seperti ‘kafir’, ‘toghut’ dan sebagainya yang jelas bersifat
tidak Islamik?
Apakah AMANAT HADI boleh dilupakan begitu sahaja hanya kerana mahu berbaik-baik demi
kerusi pilihan raya dan perkongsian kuasa politik?

Penyokong
PAS yang selama ini diajar membenci dan menolak UMNO kini semakin dipujuk agar
bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.

Isunya bersediakah mereka?
Walaupun
tidak menyertai BN,  PAS diharapkan dapat
berkongsi kuasa dengan BN seperti yang pernah berlaku beberapa tahun ketika BN
mula ditubuhkan pada 1973.
Persoalannya,
bagaimana reaksi pemimpin PAS di negeri-negeri apabila pemimpin tertinggi
mereka memujuk supaya ‘berpakat’ dengan UMNO sama ada melalui ‘tahaluf’ mahupun ‘tabayyun’,
Apakah
dua perkataan itu akan menghalalkan hubungan PAS dan UMNO selain BN yang selama
ini dianggap sebagai ‘parti kafir’  gara-gara  BN mengiktiraf dan mengamalkan perlembagaan ‘toghut’
dan bukan Islam?
Juga
dengan usaha mewujudkan hubungan PAS yang menyifatkan mereka ‘100 peratus Islam’ dengan
UMNO ‘yang separuh masak Islamnya’ yang diusahakan untuk cuba dibolehkan, apakah segala-galanya
kini menjadi ‘halal’?
Malah apakah penyokong bawahan PAS perlu menelannya bulat-bulat walaupun sukar dan pahit?
Semalam
Pengerusi Lembaga Penasihat PAS Datuk Mustafa Ali meminta barisan kepimpinan
PAS berhenti main ‘tarik tali’ dan menilai kembali tawaran kerjasama UMNO pada
pilihan raya umum akan datang.
Biarpun beliau tidak menyebut bersetuju dengan pelawaan UMNO itu namun
permintaan atau kesediaan untuk berbicang demi kerjasama itu sangat penting
kerana ia alternatif terbaik kepada PAS.
Usaha itu dipercayai  akan
mmbolehkan PAS memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Apakah kedudukan ini akan mambawa keuntungan kpada PAS di negeri-negeri
seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah yang menjadi ‘pusat kuasa PAS’?
Apakah dua parti itu akan berkongsi kuasa sekiranya mampu mengalahkan
Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan parti AMANAH, PKR, Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) serta DAP/
Bagaimana pula kedudukan PAS di Selangor? Apakah ia akan meninggalkan
kerjasama dengan PKR dan DAP pada PRU14?
Di Selangor jelas sekali usaha ini masih samar-samar dan beranikah PAS
mengumumkan ia akan bekerjsama dengan UMNO/BN untuk menjatuhkan kerajaan
sekarang?
Apakah pemimpin PAS Selangor akan ‘termakan umpan ini’ selepas mengecapi
kuasa bersama-sama PKR dan DAP sejak 2013 lalu?
Mustafa nampaknya bersetuju dengan usul Ketua Penerangan UMNO Tan Sri
Annuar Musa awal bulan ini apabila mengatakan adalah  wajar menyambut cadangan kerjasama itu kerana
ia bukan mengajak PAS untuk menyertai UMNO.
Bagi beliau perbincangan UMNO dan PAS adalah untuk kepentingan masa
depan negara walaupun tiada kata putus mengenainya.
Berkaitan pandangan Mustafa ini, walaupun pandangan daripada PAS Kedah belum
jelas tetapi pemimpin utama PAS Kelantan dan Terengganu bagaikan sudah  menyatakan pendirian mereka mengenai UMNO.
Di Setiu kelmarin, Timbalan
PesuruhJaya 1 PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat mengatakan PAS sudah bersedia
menghadapi musuh tradisi mereka iaitu BN – pada PRU14.
Tanpa menyebut parti lain, termasuk
AMANAH, beliau nampaknya begitu fokus kepada BN dan pastinya UMNO yang hampir
seeratus peratus di negeri itu.MCA hanya bertanding di satu kerusi Dewan
Undangan Negeri sahaja iaitu di DUN Bandar.
Malah beliau begitu yakin akan
meperolehi kemenangan berdasarkan isyarat yang telah ditunjukkan pada Fastaqim
2.0 khususnya sokongan golongan anak muda.
Satipul  yang juga ADUN Paka yakin tsunami perubahan
yang di lakukkan oleh pengundi Melayu dan Muslim akan memberi kejayaan yang
besar kepada PAS khususnya di Terengganu, untuk kembali ke Wisma Darul Iman dan
memerintah negeri.
Kenyataan ini jelas bertentangan
dengan apa yang diucapkan oleh Mustafa, malah pandangannya itu amat nyata tidak
aka nada perkongsian kuasa antara mereka.
PAS Terengganu sangat mengidamkan
kerusi Menteri Besar dan jika berkongsi kuasa dengan UMNO, peluang mereka
menduduki kerusi MB sukar untuk berlaku.
Mahu tidak mahi, akan berlaku
pertandingan tiga penjuru di Terengganu.
Menariknya
Pula pada satu ceramah di Panchor dekat Kota Bharu kelmarin, Timbalan Menteri
Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggariskan 
perbezaan yang nyata antara PAS dan UMNO.
Menurutnya
PAS ditubuhkan bukan semata-mata untuk menjadi kerjaan, tetapi juga
memperbetulkan apa yang salah berdasarkan konsep amar makruf nahi mungkar.
Dengan
menyifat dan sering mengulangi bahawa UMNO sebagai parti yang tidak mengamalkan
konsep sedemikian, apakah PAS Kelanan boleh bertabayyun dengan UMNO?
Leebih
teruk, Mohd Amar turut menempelak UMNO sebagai gagal membela Melayu dan Islam.
Menurutnya,
 UMNO sering mengatakan negara semakin kaya
dan UMNO semakin kuat, tapi anak-anak yang masuk universiti tidak lagi percuma
sebaliknya terpaksa berhutang.
Malah
Naib Presiden PAS itu mengatakan dengan Jelas bahawa dasar UMNO  mentadbir negara menyebabkan orang Melayu
terpaksa bergantung kepada kerajaan dalam semua perkara.
Malah
bagi beliau, dasar pentadbiran UMNO-BN adalah punca mengapa rakyat terpaksa
bergantung pada BR1M, dan pelbagai bantuan yang lain.
Mohd
Amar menyalahkan pemimpin negara dan dengar sendirinya UMNO yang menjadi punca
terbesar mengapa rakyat susah walaupun Malaysia kaya dengan pelbagai hasil.
Selain
itu dengan mengatakan pemimpin UMNO yang kini mentadbir dan menguruskan pentadbiran
mengamalkan salah guna kuasa, pecah amanah, khianat dan tidak bertanggungjawab
sanggup bertabayyun dengan UMNO?.
Mohd Amar malah berjanji untuk menghapuskan GST
jika diberi peluang mentadbir negara selain menolak dakwaan UMNO-BN bahawa negara
tidak boleh hidup tanpa GST.
Berdasarkan
apa yang disebut oleh dua pemimpin Pantai Timur ini, apakah tabayyun PAS-UMNO sukar
untuk berlaku.
Namun
persoalannya, apakah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan ‘memaksa’
mereka ini menerima cita-cita beliau untuk PAS dan BN/UMNO berkongsi kuasa.
Persoalan
lain ialah apakah PAS begitu yakin akan dapat memenangi banyak kerusi sehingga
BN/UMNO tertarik untuk berkongsi kuasa dengannya?
Dengan
ramalan bahawa jika PAS bekerjasama dengan UMNO penyokong dan pengundi akar
umbinya akan menolak PAS, pemimpin parti itu tidak ada pilihan lain selain
bertarung sendirian pada PRU14.
Hanya
selepas keputusan PRU14 barulah mereka perlu memikirkan mengenai kerjasama ini.
Namun
risikonya tetap ada iaitu sekiranya pembangkang kalah teruk dan UMNO serta PAS
mendapat keputusan yang hampir seimbang.
Tetapi
sekiranya selepas PRU14, sekiranya UMNO tumbang teruk, apakah PAS masih mahu
bertabayyun serta bekerjsama dengannya?

Dan
begitu jugalah sebaliknya, jika PAS kalah teruk, apakah BN/UMNO masih menagih
kerjasama dengan PAS?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons