November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang menerima suntikan RM230 juta pada Bajet 2018 diharap akan mempercepatkan pembinaannya bagi mengatasi masalah kesesakan di bandar Bentong.

Presiden Persatuan Belia Generasi Glokal Bentong Amir Rozaini Ahmad Rani berkata masalah kesesakan luar biasa di bandar Bentong menjadi rungutan penduduk setiap musim perayaan dan cuti sekolah kerana ia merupakan laluan utama ke Kelantan.

“Ada ketikanya penduduk mengambil masa lebih sejam untuk keluar dari bandar. Pembinaan lebuh raya berkenaan akan mengatasi masalah ini kerana ia tidak melalui bandar dan memberi pilihan kepada mereka yang mahu meneruskan perjalanan tanpa singgah berhenti makan atau solat,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 di Parlimen semalam, mengenai peruntukan itu bagi meneruskan pembinaan CSR antaranya di jajaran Raub ke Bentong.

Beliau juga menyentuh keprihatinan kerajaan menyediakan 600 unit rumah menerusi My Beautiful New Homes (MyBNHomes) di beberapa negeri termasuk Pahang kerana memberi peluang kepada warga B40 memiliki kediaman sendiri.

“Projek ini memberi peluang kepada generasi muda memiliki rumah pada usia lebih awal, sekali gus membantu mereka membuat perancangan kewangan yang lebih baik kerana bayaran balik pinjaman rumah merupakan komitmen paling besar kepada sebilangan besar individu,” katanya.

Selain itu, Amir Rozaini menyifatkan Bajet 2018 sebagai ‘mesra belia’, merujuk kepada peruntukan pinjaman kepada usahawan Food Truck 1Malaysia yang sememangnya menjadi trend anak muda berniaga pada masa kini.

“Tahun Melawat Malaysia 2020 juga memberi peluang kepada belia termasuk mereka di luar bandar untuk melibatkan diri dalam sektor inap desa atau eko-pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri kepada pelancong asing,” katanya.

— BERNAMA




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons