December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Pas menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa yang melanggar bai’ah selepas mengkhinati perjuangan parti telah menerima balasan Allah sehingga menjadi seorang yang hilang arah tuju dan tidak keruan. 



Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pas negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menasihatkan Naib Presiden PAN itu dan berapa lagi bekas pemimpin lain yang mengkhinati parti agar segera bertaubat lapor Utusan Online hari ini.

Katanya, di dalam al-Quran ada menyebut bahawa Allah tidak akan kasih kepada mereka yang melakukan pengkhianatan selain bakal menerima bala akibat perbuatan tersebut. 

“Saya lihat sekarang dia (Husam) sudah tidak ketahuan. Itulah bala yang diterima selepas melanggar bai’ah,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Karnival Toyyiba 2017 di sini hari ini. 

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Fattah Mahmood yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Yakob. 

 Mohd Nassuruddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Husam ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera PRU-14 Parlimen Kubang Kerian di Wisma Tok Guru, Salor malam tadi yang meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertaubat kerana dosanya terhadap umat Islam selama ini. 

Husam juga dilaporkan berkata bahawa Abdul Hadi juga berdosa kerana memecatnya daripada Pas sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nassuruddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Husam perlu mencermin diri sebelum menyuruh Abdul Hadi bertaubat. 

“Kalau dia suruh Tok Guru Hadi bertaubat dengan alasan Pas pecat dia, saya nasihatkan orang yang mengkhianati bai’ah itu perlu bertaubat. 

“Sebab Husam dipecat kerana dia telah mengkhinati parti. Orang yang dipecat kerana mengkhianati parti adalah satu tindakan yang wajar,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons