November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Kementerian Luar sedang memantau perkembangan kes penahanan wartawan Malaysia, Mok Choy Lin pada Jumaat lalu kerana telah melakukan penggambaran video menggunakan dron di Bangunan Hluttaw di Naypyidaw tanpa kebenaran kerajaan Myanmar.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kes itu sedang dipantau oleh Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

Jelas kenyataan itu, Choy Lin ditahan bersama seorang warganegara Singapura dan seorang warga tempatan negara itu yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Myanmar.

Kelmarin, media antarabangsa melaporkan polis Myanmar telah menahan dua wartawan stesen penyiaran Turki iaitu Turkish Radio and Television (TRT) dan penterjemah serta pemandu mereka kerana menerbangkan dron berhampiran pekarangan bangunan Parlimen.

Hon Meng dan Choy Lin disoal siasat di sebuah balai polis di Naypyidaw.

Kira-kira 25 anggota polis menyerbu kediaman penterjemah yang juga wartawan tempatan bernama Aung Naing Soe dan merampas komputer serta kad memori dan menggeledah dokumen beliau. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons