November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Pengacara Gegar Vaganza 4 (GV4), Nabil Ahmad, 34, memberitahu bahawa kereta miliknya jenis Toyota Vellfire berwarna putih hilang selepas menghadiri sebuah acara di sekolah anaknya di Damansara, di sini hari ini.

Berkata kepada Utusan Online, anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya, namun reda dan menganggap sebagai ujian.

“Saya menyedari tentang kehilangan kereta tersebut ketika hendak pulang ke rumah usai acara berkenaan berakhir.

“Setibanya di kawasan parkir, mula-mula ingatkan saya tersalah tempat letak kenderaan tetapi selepas puas mencari, sah kereta saya hilang.

“Akhirnya saya membuat laporan di balai polis Taman Tun Dr. Ismail dan dihantar pulang oleh polis menaiki kereta peronda,” katanya.

Tambah Nabil, dia berharap dapat menemukan semula dengan kenderaan kesayangan jenis MPV itu.

Tiga tahun lalu, Nabil pernah ditimpa malang apabila kereta Mitsubishi Lancer dipecah oleh penyamun dan mengalami kerugian. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons