November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus








TERKINI



5,000 pengunjung meriahkan Program Jelajah Pendidikan KPM

5,000 pengunjung meriahkan Program Jelajah Pendidikan KPM



29/10/2017 4:52pm


Orang ramai membanjiri Program Jelajah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah yang bermula semalam hingga hari ini.


PEKAN – Seramai 5,000 pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa, guru dan pelajar sekolah di daerah ini telah bersama-sama menjayakan Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017 yang berlangsung di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini bermula semalam hingga hari ini.

Menjadikan Pahang sebagai lokasi ke-11, program berkenaan merupakan inisiatif KPM untuk mendekati masyarakat sekali gus berkongsi maklumat terkini mengenai pendidikan negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Kementerian Pendidikan, Dr. Zainal Aalam Hassan berkata, program tersebut bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat dengan guru, kakitangan dan pegawai pendidikan sekaligus menjadi platform untuk menyalurkan maklumat terkini

“Program seumpama ini merupakan platform berkesan kepada masyarakat untuk bertanyakan pelbagai soalan berkaitan pendidikan sama ada di peringkat prasekolah hingga menengah,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Program Jelajah Pendidikan KPM di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini semalam. – K! ONLINE









Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons