November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


TAIPING 29 Okt. – Seorang lelaki mati lemas setelah dihanyutkan kepala air ketika mandi bersama keluarganya di Sungai Pecah Batu, Trong di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 3.09 petang.

Menurutnya, mangsa berusia 33 tahun  dikatakan tidak sempat naik ke tebing ketika kepala air menghampirinya.

“Mangsa dipercayai dihanyutkan kepala air sejauh satu kilometer dan operasi mencari dan menyelamat menemukan mangsa di celah batu pada pukul 4.40 petang.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons