November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


BERLIN 29 Okt. – Ribut yang membawa angin kencang melanda utara dan tengah Eropah hari ini, menyebabkan lima orang maut iaitu dua di Poland, dua di Republik Czech dan seorang di Jerman, selain perkhidmatan tren di negara ini dihentikan sementara sehingga esok.

Pihak berkuasa menyatakan ada mangsa yang terkorban akibat dihempap pokok tumbang dan mati lemas di kawasan perkhemahan akibat paras air sungai naik mendadak.

Siaran televisyen Republik Czech melaporkan, angin kencang sekuat 100 kilometer per jam melanda beberapa bahagian di negara tersebut dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di Poland.

Perkhidmatan tren yang tergendala di negara ini menyebabkan beribu pengguna termasuk pelancong terkandas. – REUTERS



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons