November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Bajet 2018 menyaksikan pesta perbalahan dan tudingan jari secara besar-besaran. Para pemimpin Pakatan Harapan, khususnya dari DAP, PKR dan PAN beranggapan Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 sebagai Bajet Gula-Gula kerana terlalu banyak pemberian kepada rakyat pelbagai lapisan ketika hampir PRU-14.

Secara khusus, Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor pula, amat terpukul dengan pembentangan yang dibuat oleh Najib Abdul Razak apabila banyak segmen dalam Bajet tersebut tersebut, bukan sahaja menyanggah kredibiliti mereka, tetapi juga membuktikan bahawa Najib berjaya mengawalselia ekonomi serta kewangan negara dengan cara yang lebih baik biarpun pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan setiap masa meratibkan ekonomi dan kewangan negara berada dalam keadaan yang sangat daif.

Negara sudah muflis, kata mereka.

Tony Pua dalam ulasannya tentang Bajet 2018 menyatakan, tiada apa-apa yang menarik tentang Bajet memandangkan kebergantungan kerajaan kepada cukai. Gambaran yang diberikan ialah, Kerajaan di bawah Najib Abdul Razak akan menaikkan kadar cukai, memperkenalkan cukai-cukai baru dan menguatkuasakan cukai ke atas rakyat dan sektor korporat untuk mengisi kantung yang sudah kosong kerana ‘pembaziran’ yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak.

DAP secara keseluruhan menentang Bajet 2018 yang memberikan tumpuan dan peruntukan berganda kepada kumpulan B40 yang merupakan kelompok majoriti termasuklah peruntukan untuk TEKUN, AIM, IKS dan sebagainya. Peruntukan berganda kepada kumpulan sasar tersebut telah menyebabkan belanja pengurusan meningkat.

Walaupun tidak menyatakannya secara berterus-terang, DAP juga menentang subsidi kesihatan yang tinggi di bawah Najib Abdul Razak, subsidi pendidikan, gas memasak, BR1M, bantuan kepada para petani, peladang, penoreh, nelayan dan pelajar, geran pembangunan usahawan dan apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan masyarakat bawahan. Malah, DAP juga menentang pemberian peruntukan kepada kakitangan awam memandangkan sudah beberapa kali DAP menyuarakan rasa tidak puas hati dengan jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai di negara ini.

Maka disebabkan itulah, DAP bercakap tentang BAJET DESIFIT yang bagi mereka sangat buruk. Sedangkan untuk mewujudkan BAJET BERIMBANG atau BAJET SURPLUS yang digambarkan oleh DAP, bukannya satu perkara yang susah bagi Kerajaan. Apa yang kerajaan perlu lakukan ialah memotong dan menghapuskan kesemua peruntukan tersebut. Malah gaji dan peruntukan untuk kakitangan awam juga dipotong atau dikecilkan. Lebihan dalam bajet sudah pasti wujud, malah negara akan mempunyai wang tidak guna yang lebih banyak.

Nyata, pemberian dan peruntukan terus kepada rakyat, amat tidak menyenangkan DAP kerana beranggapan rakyat tidak penting. Bagi DAP dan Pakatan, wang negara perlu disimpan dan rakyat perlu mencari wang sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan seperti yang berlaku pada era sebelumnya. Sekaligus akan menimbulkan tekanan kepada rakyat, rakyat akan marah dan akhirnya Kerajaan Najib Abdul Razak boleh digulingkan dengan mudah kerana mengabaikan rakyat.

Akal!!!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons