November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 29 Okt.- Dakwaan seorang lelaki berpangkat Datuk Seri menyerang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Jumaat lepas amat memalukan dan sepatutnya tidak berlaku.



LEE LAM THYE

LEE LAM THYE

Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sebagai seorang yang menerima darjah kebesaran, individu terbabit harus sentiasa mendukung amanah, kepercayaan dan nama baik raja dan pemerintah yang memberikan gelaran tersebut.

Tegas Lam Thye, Walau apa juga alasan, ‘Datuk Seri’ tersebut tidak boleh bertindak ganas terhadap orang lain terutama anggota keselamatan yang sedang bertugas.

“Saya berharap individu terbabit dapat memberikan kerjasama kepada polis agar siasatan dapat dijalankan dengan adil dan pantas.

“Pada masa yang sama saya amat berharap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dengan segera tanpa rasa takut atau kepentingan agar dapat mengelakkan pandangan serong orang ramai terhadap siasatan polis,” kata Lam Thye dalam satu kenyataan.

Jumaat lepas, tiga anggota Malaysia Rela cedera selepas mendakwa dipukul seorang lelaki berstatus ‘Datuk Seri’ ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, kira-kira jam 6.30 pagi.

Salah seorang daripada mangsa, Melvin Cheong Mun Khai,19, berkata kejadian itu bermula ketika dia yang melakukan kawalan bersama rakannya, Leong Jiun Jie,21, meminta Datuk Seri berusia 28 tahun untuk mengalih kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Mun Khai mendakwa, teguran itu menyebabkan lelaki berkenaan naik berang sebelum dia bertindak menepuk meja dan memaki hamun mereka.

Rakan mereka, Lee Weng Poh, 27, yang turut bertugas ketika itu datang dan cuba meleraikan keadaan tetapi dia turut ditampar lelaki itu.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons