December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Jabatan Imigresen menahan 35 warga asing dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang Kiri, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ab. Salim Mansor berkata, mereka ditahan mengikut akta Imigresen kerana tiada dokumen dan permit kerja sah serta dipercayai masuk secara haram untuk berkerja di negara ini.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar. Kesemua dibawa ke depoh tahanan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi tersebut.

Op Tapak yang disertai seramai 100 anggota itu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Imigresen, DBKL, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons