November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah digelar oleh Australia (hanya sebuah negara) sebagai ‘recalcitrant’ atau ‘keras kepala’ atau lebih tepat,  bekas Perdana Negara itu, Paul Keating.

Maka ramailah menteri dan media pun mempertahankan Dr Mahathir serta menyanggah dan mengkritik balik Keating.
Tapi kini apalah nasib negaraku Malaysia.
Kelmarin 16 September 2017, sambut ulangtahun kelahiran Malaysia.
Rencana penulis di Berita Minggu mengenai kritikan Keating pada 1993. (Gambar pertemuan diambil oleh saya di Cyprus pada Oktober 1993).

Apakah Malaysia hari ini dikenali sebagai negara ‘maju di kalangan negara membangun’ dan pemimpin utamanya dihormati dunia?

Atau Malaysia kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi yang memalukan rakyatnya di dalam dan di luar negara?
Bukan sekadar itu sahaja.
Perdana Menteri yang memimpin ‘parti suci UMNO’ dan Barisan Nasional (BN) turut dikenali di serata dunia.
Kerana apa?
Selepas dikenali sebagai MO1 atau Malaysia Official 1 yang kemudian diberikan pula gelaran ‘PM Kleptokrat’.
Memalukan lagi, kini satu lagi gelaran disebut oleh majalah antarabangsa Newsweek, iaitu ‘Crook’ atau ‘penjahat’.  Ada pula mengatakan Malaysia ini sebagai paya atau ‘swamp’
Apa dah jadi?

Jika ‘MO1’ lebih berkait rapat dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiasat oleh beberapa negara dunia, selain beberapa tangkapan dan penutupan bank di buat di Singapura, Switzerland serta juga sebuah negara di Asia Barat, ‘kleptokrat’ pula dikaitkan dengan ‘pencuri dan perompak’ yang dibenci dunia.

Akibat pendedahan demi pendedahan mengenai isu RM2.6 bilion dan siasatan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan gelaran dibuat oleh media antarabangsa, pemimpin pembangkang khususnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kini menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘perompak, pencuri, penyangak dan penyamun’.
Belum ada sebelum ini seorang Perdana Menteri dihina sebegitu rupa dalam konteks ‘mencuri harta rakyat’.
Kemarahan rakyat sebelum ini kepada Dr Mahathir yang menggelarnya sebagai ‘Mahazalim’ dan ‘Maha Firaun’ lebih kepada isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemenjaraan beliau selepas mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Kes gelaran kepada Dr Mahathir itu tidak membabitkan kecurian harta rakyat dan rakyat merasa teraninaya kerana sebab-sebab ekonomi, pendapatan merosot, kenaikan harga barang dan pengangguran.
Antara ‘Crook’ filem Melayu

Sebaliknya sebahagian besar rakyat memuji langkah Dr Mahathir kerana memerangi ‘penyangak mata wang Geroge Soros’ dan menambat mata wang Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat.

BN dan UMNO tetap menang pilihan raya umum 1999 dengan kemenangan di Dewan Rakyat yang memuaskan.
Gelaran diberikan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada akhir abad ke 20 lebih kepada isu politik, bukan terpalit dengan isu ekonomi dan pelaburan seperti sekarang.
Lagipun gelaran itu tidaklah terkenal ke seluruh dunia dan jika yang maklum mengenai gelaran itu mungkin rakyat di Singapura atau Indonesia sahaja. Mereka yang faham bahasa Melayu.
Namun gelaran MO1 sangat terkenal di AS dan kleptokrasi pula adalah istilah antarabangsa yang digunakan di seluruh dunia.
Mengejutkan lagi,  sejak balik dari lawatannya ke Washington bertemu Presiden AS, Donald Trump, Najib mendapat gelaran terbaru, iaitu ‘Crook’.
Apa itu ‘Crook’? Dalam filem pastinya watak jahat. Dalam filem Melayu, crook ialah Salleh Kamil, A Rahim, Haji Arshad, Mahmud Jun atau paling tidak pun Shariff Dol iaitu ‘Samseng Kampung Dusun’.
Jika Crook filem Melayu hanya di kampung, tetapi  ‘Perdana Menteri Crook’ yang digambarkan oleh Newsweek berkaitan dengan isu antabangsa.
Menariknya yang memberikan gelaran berkenaan dan digunakan oleh Newsweek ialah bekas pengerusi Bank Dunia, Paul Wolffowitz.

Majalah terbitan AS itu pada edisi 15 September menyiarkan tulisan bekas duta itu selepas Presiden Donald Trump menerima lawatan Najib ke Rumah Putih pada 12 September. (Komentar Wolfowitz itu asalnya mucul di laman sesawang American Enterprise Institute (AEI) tetapi menggunakan judul yang lain – This is not draining the swamp. Newsweek kemudian mengolah semula judul rencana itu menjadi Trump’s meeting with Malaysian crook reeks of the swamp.)

Malah seorang pakar Australia di Asia Tenggara dipetik sebagai berkata oleh New York Times bahawa dari sudut pandang perhubungan awam, ia adalah pertemuan yang harus dielakkan Rumah Putih.
Najib mencipta sejarah kerana selepas 60 tahun, orang Melayu terkenal lagi di arena antarabangsa apabila pemimpin mereka digelar sebagai ‘crook’ oleh pemimpin antarabangsa dan majalah antarabangsa.
Mungkin di pihak Pejabat Perdana Menteri dan UMNO menganggap gelaran itu sebagai perkara kecil.
Atau mungkin juga anggota Kabinet Najib dan pemimpin UMNO/BN jadi bisu kerana tergamam atau terpaksa mengakui kedudukan sebenar Najib di mata dunia ketika ini.
Najib dan Malaysia kini sudah tidak lagi memiliki darjat yang murni sebaliknya boleh diberikan gelaran dengan sewenang-wenangnya.
Penyokong Najib pula ramai seperti mengiakan sahaja kerana berdiam diri.
Jika mereka ‘ada telor’ atau memang mahu mempertahankan Najib bermati-matian, langkah menyaman atau membantah tindakan secara besar-besaran kepada media asing daripada AS itu perlu dilakukan.
Mana pergi pemimpin UMNO yang lantang, khususnya Pemuda UMNO. Mana pergi NGO yang menyokong Najib? Kenapa membisu? Turut malu?
Sesuatu  yang pasti, kritikan media Barat terhadap pertemuan Trump dengan ‘penjahat itu’ sebagai sesuatu yang  tersangat “malang” dan memalukan.
Ia pastinya akan meninggalkan kesan lama di hati dan sanubari rakyat bahawa untuk pertama kalinya, seorang Perdana Menteri Malaysia mendapat tiga gelaran dunia yang membawa kesan yang sangat negatif.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons