January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Husam arah jangan keluar Wisma Tok Guru, dakwa ada kebenaran bertulis

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa dalam reaksinya terhadap notis mengosongkan bangunan pejabatnya yang dinamakan Wisma Tok Guru meminta semua kakitangan terus bekerja seperti biasa.

“Saya sendiri belum menerima apa yang dikatakan notis seperti itu dan tidak ada sebab petugas-petugas parti AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) perlu mengosongkan bangunan itu,” katanya dalam masjlis dialog bersama rakyat di Taman Tanjong Chat, Kota Bharu malam tadi.


Husam tandatangan plak perasmian Wisma Tok Guru akhir tahun lalu.

Jika benar ada notis seperti itu katanya, beliau akan memohon mahkamah mengenepikannya kerana beliau mempunyai dokumen bertulis kebenaran menduduki tanah tersebut.

“Ketika arwah (Datuk Rosli Ibrahim) masih hidup, beliau ada membuat surat atas nama isterinya membenarkan saya menggunakan tanah itu sampai bila-bila.

“Saya akan kemukakan surat itu jika benar ada notis supaya mahkamah memutuskan hak sebenarnya.

“Sehingga segala-galanya selesai, kita akan tetap duduk di situ tanpa perlu bimbang dan ragu,” katanya.

Husam bagaimanapun menyelar tidakan Pas yang membuat rancangan membeli tanah itu dengan kaedah yang penuh keraguan dari segi syarak.

“Tanah ini seperti dinyatakan berkali-kali oleh arwah adalah milik peribadinya dan hanya dinamakan atas nama isterinya.

“Paling akhir perkara ini dinyatakan secara terperinci dalam ceramah di Wisma Tok Guru yang disiarkan secara langsung di facebook,” katanya.

Hasilnya kata beliau, tanah ini masih dalam tuntutan pusaka pewaris-pewaris arwah Datuk Rosli.

“Saya difahamkan perbincangan mengenai hal ini akan dibuat 23 Oktober ini.

“Adalah sesuatu yang tidak patut berlaku harta yang masih dalam pertimbangan mahkamah telah dijual,” katanya.

Beliau turut terkejut apabila tanah itu kini dijual kepada setiausaha kerja Pas Kelantan bernama Yasin.

“Saya tahu berapa gaji Yasin dan tentu beliau tidak mampu membeli tanah dengan harga 700 ribu itu.

“Saya percaya duit ini tauke balak yang bagi dan dinamakan dengan namanya,” katanya. -MD




ULASAN GB

Cukup teruk dah PAS Kelantan sehingga boleh melakukan satu konspirasi hebat “menghalau” ADUN Salor, Dato Husam Musa dari Wisma Tok Guru.

Ketara sangat PAS kini begitu “deasperate” akibat daripada kemunculan dan kehebatan AMANAH sehingga terpaksa merancang stau tindakan ala Yahudi di bumi Gaza.

Sama seperti sikap dan perangai UMNO layaknya.

Bagi pandangan GB, PAS Kelantan boleh mengatur apa saja langkah untuk memadamkan cahaya AMANAH di bumi Kelantan, tetapi parti tersebut akan terus bersemarak di hati rakyat Kelantan setelah PAS dilihat sudah jauh berbeza dari PAS di zaman Allahyarham TG Nik Abd Aziz.

Di dalam masa mereka sibuk menyerang AMANAH, PAS kini diserang pula oleh UMNO yang Mustapa Mohammad, Pengerusi Umno Kelantan bertekad untuk menjadikan Kelantan milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya rakyat dan negeri dapat dimajukan.

Yang jelas, kerajaan PAS Kelantan akan tumbang pada PRU14 ini, samada ke tangan UMNO BN atau Pakatan Harapan. Sepastinya rakyat Kelantan bijak berpolitik, dan tidak mungkin mereka menyerahkan pemerintahan negeri itu kepada UMNO BN. Sebaliknya mereka akan menobatkan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh tokoh yang banyak berjasa di Kelantan, Dato Husam Musa.






Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons