November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Beberapa artis, penari dan sukarelawan yang membuat persembahan di temasya Sukan Sea 2017 pada Ogos lepas mendakwa belum menerima bayaran penuh oleh syarikat lantikan kerajaan. 


Perkara itu mula menjadi tumpuan ramai apabila ia mula dibangkitkan oleh Adibah Noor menerusi akaun media sosial beliau dengan hashtag #KamiMintakDuitKamiBukanMintakSedekah dan #tuntuthak.

Pengacara terkenal itu meluahkan perasaan mengenai keluhan rakannya yang masih
belum menerima bayaran penuh atas alasan pihak-pihak tertentu sedang membuat persediaan #bajet2018. 




“Agak sedih. Dan sakit hati juga mendengar keluhan kawan-kawan yang perform masa Closing Sea Games hari tu masih belum dapat bayaran.
Alasan yang telah digunakan ialah : pihak-pihak tertentu sibuk prepare untuk #Bajet2018. 

Harap-harap selepas pembentangan semalam, pihak tersebut cepat-cepatkanlah payment tu ya, sebab mesti yang tu dari #Bajet2017 kan?
Kerja kami ni berkais dan jarang-jarang dapat apa-apa pembelaan.
So.. kat sini je lah kami nak berkeluh sedikit,”
katanya. 

Zainal Abidin mahu ‘hantam’..

 
“Ya, saya pun belum dapat bayaran lagi, sekarang wakil peguam saya akan hantam mereka,” kata Zainal Abidin di ruangan komen pengacara itu.
 
Menurut pengurus kepada Zainal Abidin, Angelina Asmawi berkata syarikat berkenaan hanya membayar 50 peratus bayaran dan berjanji akan melunaskan bayaran penuh seminggu selepas hari persembahan. 

“Mereka (penganjur) patut ambil tanggungjawab. Ini persembahan penutup. Semua artis bangga hendak buat persembahan. Ini adalah periuk nasi artis sebab banyak artis yang tiada bisnes hanya bergantung pada show. 

“Saya beri tempoh seminggu kepada pihak penganjur. Kita akan kumpulkan artis lain untuk hebahkan lagi (isu pembayaran),” katanya ketika dihubungi oleh wakil The Malaysian Insight

“Kita ada hak bercakap soal bayaran. Ini dah lebih dari sebulan (lewat bayaran). Kita tidak ada benda yang berselindung,” katanya yang berhajat untuk mengumpulkan ramai artis lain mendapatkan keadilan. 

Penari, sukarelawan pun belum dapat bayaran

 
Nama-nama besar dalam dunia seni tanah air seperti Faizal Tahir, Zainal Abidin, M. Nasir, Amy Search dan Ella telah dijemput bagi membuat persembahan akhir ketika upacara penutupan sukan SEA 2017 yang lalu.


Manakala sejumlah 13,000 sukarelawan pula terlibat dalam proses melancarkan perjalanan sukan tersebut termasuk mereka yang masih bersekolah.

Memetik laporan portal The Malaysian Insight, Pegawai Unit Media dan Komunikasi Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Malaysia (Masoc) Fahmi Omar, berkata pihaknya melantik sebuah syarikat melalui tender menguruskan persembahan pembukaan dan penutup acara berkenaan. 

“Kami (Masoc) yang menganjur tetapi untuk majlis pembukaan dan penutup ada sebuah syarikat yang dilantik melalui tender. 

“Mengenai isu bayaran, kami telah menjelaskan lebih 50 peratus daripada harga kontrak. Untuk isu lain (bayaran artis) adalah dibawah tanggungjawab syarikat tersebut,”.

Beliau dalam pada itu berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok untuk penjelasan,” jelasnya. 

Dalam pada itu, beberapa cybertroopers UMNO kelihatan mula menjalankan operasi menyerang Adibah Noor di Twitter dan Facebook beliau selepas perkara yang dibangkitkan oleh pengacara itu menjadi perhatian media. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons