November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Timbalan Pengerusi PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali terkenal dengan suka mengambil kredit usaha orang lain. Azmin Ali melalui kenyataannya semalam kepada media menyatakan bahawa kebanyakan pengisian #Bajet2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak adalah mirip kepada belanjawan yang telah diamalkan oleh Selangor.
Mengambil contoh pengumuman Perdana Menteri berkaitan program MyBrain (MyBrain15KPT) yang diberikan peruntukan RM90 juta untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran, Azmin mendakwa program MyBrain adalah satu ‘saduran’ daripada program Selangor Brain Bank.

Azmin Ali sewajarnya melakukan sedikit penyelidikan sebelum mengeluarkan kenyataan dangkal yang boleh disifatkan sebagai bodoh-bodoh alang sehingga memalukan diri sendiri.

Untuk makluman, program MyBrain yang didakwa adalah saduran daripada program Selangor Brain Bank itu sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, iaitu sejak Disember 2010. Rujuk di sini.


Sedangkan program Selangor Brain Bank yang kononnya adalah perintis pembuka jalan hanya diumumkan pada bajet Selangor 2014. Rujuk di sini.



Oleh itu, jika program MyBrain Kerajaan Pusat dimulakan pada tahun 2010 dan program Selangor Brain Bank hanya diumumkan pada Bajet Selangor 2014, siapakah agaknya yang menjadi pembuka jalan dan siapa agaknya yang menciplak idea?

Nota Kaki – Semua tahu JHO ada di Amerika Syarikat. Tapi dia pi cari kat China. Lebih kurang orang beli ais krim di kedai Baskin Robbin, dia pi cari ais krim di jamban.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons