November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Lelaki bergelar Datuk Seri yang dipercayai memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), menyerah diri kepada polis.

Suspek, 29, kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 4 petang tadi, lapor Berita Harian hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata perintah reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok. 

Ketika hadir ke balai polis, suspek menaiki Bentley dan ditemani oleh 11 orang termasuk peguamnya lapor China Press.


Suspek ditahan berikutan perbuatannya memukul Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng Poh, 27, kira-kira jam 6.30 pagi, Jumaat lalu.

Mangsa bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa tubuh akibat dipukul dan ditendang suspek di sebuah tokong dekat Kampung Baru.

Kejadian berlaku apabila mereka meminta suspek mengalihkan Toyota Vellfire yang diletak di tepi jalan kerana menghalang lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 pagi itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Terdahulu The Star melaporkan kenyataan Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin yang berkata ketiga-tiga anggotanya yang cedera dipukul ditawarkan ganjaran wang tunai 10,000 setiap seorang jika kesemua mereka menarik semula laporan polis yang dibuat pada jumaat lepas. Tawaran itu dibuat oleh Datuk Seri, individu yang memukul ketiga-tiga anggota RELA berkenaan.

“Kami tidak akan dipengaruhi dan tidak akan menarik balik (laporan polis). Jika dia melakukan jenayah dia harus bersedia menghadapi akibatnya,” kata Zulkifli Abidin seperti dipetik The Star.

Dalam pada itu, Ketua pengarah Rela Zulkifli Abidin turut memberi sijil kepujian
kepada mereka bertiga kerana bersikap profesional ketika menjalankan tugas. 


Gambar Hiasan

Sabtu lalu portal Malaysiakini melaporkan seorang Datuk Seri yang baru berusia 29 tahun telah memukul tiga anggota RELA hanya kerana diminta untuk mengalihkan kenderaan berikutan kenderaannya itu dipercayai telah menghalang lalu lintas.


Tidak berpuas hati dengan permintaan tersebut dan dianggap seperti tidak menghormati ‘orang yang lebih berpangkat’, Datuk Seri itu kemudiannya memukul dan mencederakan seorang anggota RELA dan kemudiannya turut memukul dan mencederakan dua yang lain apabila kedua-duanya cuba menghalang Datuk Seri itu daripada terus memukul rakan setugas mereka.


Kes yang dilaporkan itu kemudiannya menjadi viral dan hangat diperkatakan dikalangan netizens dan ramai yang ingin tahu wajah Datuk Seri yang diperkatakan apatah lagi beliau hanya berusia 29 tahun.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons