November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Ramai pihak yang telah memperkatakan tentang Bajet Alternatif 2018 Pakatan Harapan – DAP. Dan apabila penulis membaca dokumen Bajet Alternatif PH-DAP 2018,  ada beberapa isu besar yang perlu dipersoalkan.


1. Bajet Jabatan Perdana Menteri

Pembangkang akan memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri dengan mendakwa peruntukan tersebut melampau dan pelbagai lagi alasan yang berbau pembohongan.

Sebenarnya, peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya 6% daripada jumlah keseluruhan Bajet 2017. Kita juga perlu tahu bahawa peruntukan itu untuk menampung operasi dan perbelanjaan pembangunan untuk pelbagai agensi, suruhanjaya, perbadanan dan Badan berkanun di bawahnya.

Nilai 6% itu masih boleh diterima jika dibandingkan dengan 48% yang diperuntukkan kepada Pejabat Ketua Menteri daripada jumlah keseluruhan Bajet negeri Pulau Pinang 2017. Lebih mengejutkan ialah peruntukan tersebut meningkat secara mendadak. Pejabat Ketua Menteri menerima pertambahan sebanyak 437.9% jika dibandingkan dengan peruntukan bagi tahun sebelumnya.

2. Tol

Bajet Alternatif PH-DAP juga berbohong kononnya mereka akan mansuhkan tol. Logiknya, di manakah mereka akan dapat wang untuk membeli kesemua syarikat Konsesi Lebuhraya?

Malah sebenarnya, PH-DAP tidak mungkin akan dapat memansuhkan tol. Jika merujuk kepada link yang dijadikan bahan rujukan dalam dokumen bajet PH-DAP itu, tol perlu dikekalkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar balik syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya.

Kita juga perlu tahu ialah Perjanjian Konsesi termasuk Tol berpunca daripada zaman pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PPBM. Beliau sendiri mengaku kebodohannya.

“Ini adalah salah satu perkara yang perlu kita betulkan. Apa yang diperlukan adalah sebuah kabinet yang tidak selalunya berpengetahuan kerana ianya dibentuk oleh ahli-ahli politik dan bukannya para pakar dan kadangkala ahli politik seperti saya boleh menjadi bodoh,” jawab beliau kepada para wartawan yang memberitahu bahawa kelima-lima lebuhraya bertol dibina semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Syukur Alhamdulilah kerana kerajaan Najib Razak tidak mengikut jejak langkah Mahathir yang mengkayakan kroninya. Kerajaan mengambil alih PLUS sepenuhnya daripada tangan swasta pada tahun 2011 dan kini 51% dimiliki oleh Khazanah dan 49% dimiliki oleh KWSP. Dengan cara itu, kadar tol yang lebih baik kepada pengguna dan penjimatan RM6.5 bilion bagi kerajaan.

3. Penjawat Awam

PH-DAP juga mendakwa berlakunya pertindihan fungsi di antara kementerian dan agensi dan mereka mahu menghapuskannya. Jika kita perhatikan, ianya sejajar dengan pelan asal parti DAP yang bertekad melaksanakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun jika pembangkang menang pilihanraya umum kelak.

Bukan itu sahaja. DAP menganggap penjawat awam membebankan dan menggelar mereka ‘berat mati’ yang perlu ditanggung. Kita dapat mengagak sebab tindakan DAP menghina penjawat awam tanpa rasa bersalah. DAP tidak dapat menerima bahawa majoriti penjawat awam terdiri daripada kaum Melayu/Bumiputera.

Tambahan pula, DAP ada pemimpin-pemimpin politik Melayu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri hanya untuk mendapat sokongan parti cauvinis itu. Malah DAP dengan kurang ajarnya menggelar penjawat awam ini ‘berat mati’ yang perlu ditanggung, satu sindiran biadap yang tidak boleh dimaafkan.

Penang Institute, agensi kerajaan Lim Guan Eng DAP telah menyarankan Malaysia hanya perlukan 430,000 penjawat awam sahaja. Untuk rekod, Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam.

Dalam kata lain, lebih daripada 1 juta penjawat awam sekarang perlu bersiap sedia untuk dipecat dan menganggur jika PH-DAP menang pada PRU14 nanti.

4. Pemansuhan GST

Sistem percukaian yang huru hara kerana terdapat dua sistem, iaitu GST 0% dan SST pada empat kadar. 

Berlaku ketirisan dan pengelakan Cukai Jualan di peringkat pembekal, pengilang dan pengeksport – Tun Faisal

5. BR1M

Perlaksanaan BR1M oleh PH-DAP telah memperbodohkan Mahathir Mohamad. Beliau menganggap BR1M  bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai dan membeli undi pengundi.

Azmin Ali juga bersetuju dengan Mahathir Mohamad dan berkata program BR1M suatu bentuk sogokan. 

Apakah Mahathir akan buat U-turn sekali lagi?

 6. Pelabur dan Potensi Malaysia

Dokumen Bajet Alternatif PH-DAP juga mendakwa ‘pelabur-pelabur semakin hilang keyakinan dalam potensi Malaysia sepenuhnya’. Kenyataan ini merupakan satu pembohongan dan amat tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya, Malaysia terus menarik tahap pelaburan yang sihat dalam sektor perkilangan di tengah-tengah ketidakpastian persekitaran ekonomi global. Sebanyak 302 projek perkilangan dengan pelaburan sebanyak RM17.0 bilion telah diluluskan oleh MIDA pada 1H2017, berbanding 372 projek dengan pelaburan RM20.6 bilion pada 1H2016.

Pelaburan asing menyumbang sebanyak RM9.6 bilion atau 56.5% manakala pelaburan domestik mencatatkan RM7.4 bilion atau 43.5%. Setakat September 2017, MIDA sudah mempunyai 341 projek dalam perancangan dengan pelaburan bernilai RM50.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sebahagian besar daripada projek-projek dalam perancangan ini, apabila dilaksanakan, akan menyediakan lebih 18,000 peluang pekerjaan kepada negara.

Malah, pelabur asing sedia ada terus menunjukkan keyakinan mereka terhadap persekitaran perniagaan negara Malaysia. Sebanyak 84.5% daripada pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor perkilangan adalah daripada projek pembesaran atau pelbagaian dengan kandungan nilai tinggi. Ini termasuk pelabur jangka panjang Malaysia seperti Robert Bosch, B.Braun Medical Industries dan TF AMD Micro-Electronics.

Malaysia juga disenaraikan sebagai destinasi terbaik untuk pelaburan asing (FDI) bagi tahun 2017 selepas meraih sekurang-kurangnya 30 mata berbanding negara lain dalam skala 100 mata. Ranking terbaharu ini oleh BAV Consulting dan Wharton School of the University of Pennsylvania, berdasarkan lapan ciri penting iaitu menangani rasuah, dinamik, kestabilan ekonomi, keusahawanan, persekitara cukai yang mesra , innovatif, pekerja berkemahiran dan pakar teknologi.

Untuk tahun 2017, pelaburan asing daripada China bernilai RM144 bilion. Arab Saudi melabur sebanyak RM31.08 bilion. Manakala 31 pertukaran MoU perniagaan bernilai RM158.4 bilion, pelaburan melalui LOI berjumlah RM 1.6 bilion dan kerjasama syarikat Malaysia dan India membabitkan pembangunan berjumlah RM141.4 bilion telah tercapai semasa Najib Razak mengadakan lawatan ke negara tersebut.

7. Gaji Minimum

PH-DAP mengambil jalan mudah dengan berbohong tentang cadangan menaikkan gaji minima sebagai RM1,500. Bagi mereka, kos kenaikkan gaji minima itu akan hanya RM2.5 bilion sahaja kerana ‘kira-kira 360,000 pekerja yang kini memperoleh gaji minimum RM1,000.’

Andaian PH-DAP ini sangat dangkal kerana jika pekerja yang bergaji RM1000 dinaikkan RM1500, bagaimana pula dengan mereka yang bergaji RM1,100 , RM1,200 dan seterusnya?

Bukan itu sahaja. Selain menampung kenaikan gaji penjawat awam, kerajaan PH-DAP juga perlu mencari bajet (yang sudah pun tidak masuk akal) untuk  membayar gaji pekerja swasta melalui ‘satu sistem bayar bersama yang akan membahagikan kos peningkatan gaji ini antara kerajaan dengan majikan secara sama rata’.

Maka yang pastinya, gaji pekerja-pekerja di tangga gaji yang lain perlu diselaraskan juga dan ianya bukan RM2.5 bilion tetapi jauh lebih tinggi dan mencapai puluhan bilion. PH-DAP tidak mungkin akan mampu membiayai dan mengekalkan peruntukan tersebut.

Malah, negara Malaysia boleh muflis disebabkan kenaikan gaji seperti yang dinyatakan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Rumusannya ialah bajet ciptaan PH – DAP itu tidak praktikal, syok sendiri dan hanya sekadar ‘gula-gula’ politik menjelang PRU14 ini.

Sumber

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/22/negara-hanya-perlu-430000-penjawat-awam-kata-penang-institute/
http://www.mstar.com.my/niaga/2017/03/13/malaysia-negara-pelaburan/
http://www.ctim.org.my/download.asp?cat=44&file=DDIFI_FDDG%20O7qtr6%20f2rrpu.2qs
http://www.mida.gov.my/home/forms-&-guidelines/posts/
https://www.najibrazak.com/bm/blog/kejayaan-malaysia-di-pertengahan-tahun/
http://www.thenutgraph.com/buy-back-of-privatised-highway-concessions-more-cost-effective/

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons